Ibrah Surah Al Ankabut

Hijrah Menuju Kekuatan

Ringkasan Kursus

AL-ANKABUT: Hijrah Menuju Kekuatan Surah ke 29 selepas surah al-Qasas ini antara surah terakhir turun kepada baginda di Makkah. Para ulama menganggarkan ia turun sebagai surah ke 85 iaitu kedua terakhir sebelum al-Muthaffifeen. Hampir 13 tahun lamanya dakwah baginda di Makkah dibandingkan dengan 950 tahun dakwah Nabi Nuh dalam surah ini.

Namun demikian, terdapat beberapa ayat lain yang memberikan isyarat bahawa ia diturunkan ketika baginda dan para Sahabah sedang diuji Allah dengan kematian dan penyeksaan yang dahsyat oleh musyrikin Quraisy sehingga surah ini memberikan isyarat untuk berhijrah ke Habsyah. Maka wajarlah surah ini menjadi surah pembakar semangat saudara-saudara seaqidah kita di Rohingya, Syria, Palestin dan seluruh dunia yang dizalimi. Penghujung surah ini ini benar-benar mengisyaratkan kepentingan hijrah untuk mencapai kemenangan.

Namun demikian, bagaimanakah surah ini mendefinisi hijrah ? Adakah ia soal pertukaran tempat atau sebenarnya soal transformasi sikap ? Bagaimanakan untuk meyakini rezeqi Allah sekiranya Allah mentakdirkan kita perlu melakukan hijrah dan berpisah dengan orang yang tersayang atau kediaman dan suasana yang sudah menjadi kebiasaan ?  

Surah yang mempunyai 69 ayat ini menawarkan jawapan yang boleh menyebabkan anda tercengang! Asbabun nuzul ayat ini terletak di ayat 41. Ayat yang menjelaskan tetang serapuh-rapuhnya institusi kehidupan rumah tangga adalah kehidupan rumah tangga Laba-laba.

Kurikulum Kursus

Ustaz Syaari Ab Rahman

Yuran Langganan Kursus

  • Langgan Rakaman Ibrah Surah Ankabut
  • 69 MYR

    Pelaburan selama 1 tahun pembelajaran beserta nota

    Langgan Sekarang