

Penganjuran seminar siri ibrah yang berfokus pada kupasan tafsir 7 surah "Hawamim" dalam konteks aplikasi 28 kaedah interaksi dengan al-Quran saranan Sheikh Dr. Solah Abdul Fattah al-Khalidi untuk kehidupan sebagai seorang hamba beriman.
LIMA SEBAB YANG BOLEH MENYEBABKAN ANDA JATUH CINTA DENGAN SURAH AL-ZUKHRUF ;
1. Adanya doa semasa menaiki sesuatu kenderaan (ayat 13-14). Lalu mengapakah dalam banyak-banyak surah, surah al-Zukhruf yang terpilih untuk merakamkan doa ini ?
2. Adanya tipudaya syaitan Qarin yang berpanjangan ke atas setiap anak Adam yang tidak mempedulikan pesan-pesan al-Quran ke atas dirinya (ayat 36).
3. Terdapatnya dalil penurunan kedua Nabi Isa عليه السلام di akhir zaman (ayat 61). Lalu apa kena mengena kisah penurunan semula ini dengan surah al-Zukhruf ?
4. Terdapatnya peringatan bahawa kawan-kawan yang akrab di dunia dahulu, pengikut-pengikut yang memuja-muja dahulu, kelak akan saling bermusuhan sesama mereka di Akhirat kelak (ayat 67).
5. Satu ayat mengenai nikmat syurga yang mampu mematikan keinginan untuk mahu hidup lebih lama di dunia ini, ayat yang benar-benar sempurna pada menyatakan Syurga itu amat melazatkan dan di dalamnya tiada ada apa apa yang akan dilihat mata melainkan akan mendekati dan menyentuhinya (ayat 71).
Bersama mengetahui huraian 5 sebab di atas inshaallah.
Paling penting, apakah munasabah setiap lima sebab di atas dengan tema surah al-Zukhruf yang memerangi materialistik dan penyakit cinta melampau-lampau kepada kemewahan ? Surah al-Zukhruf sarat dengan mesej memerangi materialistik dari segenap sudut.
Juga tiga kisah Rasul besar dalam surah al-Zukhruf yang memerangi syirik dan materialistik peradaban manusia iaitu Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa عليهم السلام bakal dikupas bersama.
Jom belajar sama-sama Surah Zukhruf, surah keempat dalam keluarga "Hawamim" yang menawarkan 7 sudut pandang pada seorang hamba yang ingin berinteraksi dengan Tuhannya.
AlhamdulilLah. Makin menyelam, makin nampak keindahan dasar lautan ilmu Allah, makin rasa banyak tak tahu, makin tunduk, mengakui ketinggian dan kekuasaan Allah. BarakalLahu fiikum
Semakin best setiap siri kelas..
"Rumusan HAWAMIM oleh Ustaz Syaari : Hapuskan dosa, Anugerah ketenangan, Wahyu kesejahteraan, Ancaman kelupaan, Menuju cahaya, Informasi keakhiratan, Motivasi kemenangan"
Akses pembelajaran selama 1 tahun bersama nota rujukan