Siri 5 Ibrah Surah "Hawamim" untuk Kehidupan (ISHAK) : SURAH AL DUKHAN

Kumpulan Surah dalam al-Quran yang bermula dengan "Ha" dan "Mim"

Ringkasan Kursus

Penganjuran seminar siri ibrah yang berfokus pada kupasan tafsir 7 surah "Hawamim" dalam konteks aplikasi 28 kaedah interaksi dengan al-Quran saranan Sheikh Dr. Solah Abdul Fattah al-Khalidi untuk kehidupan sebagai seorang hamba beriman.

Nama surah menunjukkan kekuasaan Allah untuk menghapuskan orang-orang kafir walau mereka memiliki kemewahan materialistik terunggul dan kekuasaan tertinggi di dunia seperti regim Firaun.

 Nama surah menunjukkan peristiwa azab yang pernah mendatangi kaum Quraish di Makkah selepas Nabi صلى الله عليه وسلم mendoakan mereka agar ditimpa seumpama kemarau pada zaman Nabi Yusuf عليه السلام agar mereka kembali bertaubat (Tafsir al Thabari RH, Tafsir Ibnu Kathir RH, Tafsir al Alusi RH, Tafsir Syed Qutb RH berdasarkan hadis Sahih Bukhari 1248 dan Sahih Muslim 2798)  

“Keyakinan kita bahawa peristiwa al-Dukhan dalam al-Quran iaitu pada ayat ini merupakan peristiwa yang terjadi di Makkah pada zaman Rasulullah, bukannya peristiwa di akhir zaman. Namun ia tidak sekali-kali melonggarkan keimanan kita bahawa al-Dukhan yang disebutkan dalam hadis fitan itu merupakan sebahagian dari tanda-tanda besar kedatangan Kiamat.” (Tafsir al-Quran al-Majid, Shekh Dr Fadhl Hasan Abbas RH)

SURAH AL-DUKHAN MENGAJARKU LIMA PERAKA (SEKURANG-KURANGNYA)
1. Terdapatnya kisah keagungan malam Lailatul Qadar yang tidak disebutkan dalam surah al-Qadar (ayat 3-6)  

2. Tidaklah satu keaiban untuk meminta musuhmu menghentikan perlawanan denganmu apabila dia sudah tidak rasional lagi (ayat 21)  

3. Langit dan bumi merupakan makhluk hidup yang boleh menangis dengan kematian mukmin dan tidak pun menangis dengan kematian kafir (ayat 29)  

4. Betapa ramai mereka yang terkenal, popular dan dihormati di dunia (al-‘aziz al-karim) namun merana dan terhina di Akhirat (ayat 49)  

5. Menunggu kemenangan dan janji Allah berlaku merupakan satu bentuk ibadah (ayat 59)  

Wallahu a’lam.

Rujukan Kitab زوايا وخرائط سور القرآن الكريم Penyusun محمد السيد ماضي Kaherah (2021)

Kurikulum Kursus 

Ustaz Syaari Ab Rahman

Norharlina

Peserta

AlhamdulilLah. Makin menyelam, makin nampak keindahan dasar lautan ilmu Allah, makin rasa banyak tak tahu, makin tunduk, mengakui ketinggian dan kekuasaan Allah. BarakalLahu fiikum

Hamidah Effendi

Peserta

Semakin best setiap siri kelas..

Teacher Ita

Pengikut di Facebook

"Rumusan HAWAMIM oleh Ustaz Syaari : Hapuskan dosa, Anugerah ketenangan, Wahyu kesejahteraan, Ancaman kelupaan, Menuju cahaya, Informasi keakhiratan, Motivasi kemenangan"

Course Pricing

  • Ibrah Surah Al Dukhan
  • 160 MYR

    Kupasan Tadabbur Ibrah Surah Al-Dukhan dalam konteks Surah "Hawamim" berdurasi sekitar 6 jam.

    Langgan Sekarang